Skip to main content

Ubat demam denggi SUP KETAM NIPAH - PENAWAR DEMAM DENGGI


"Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati." 
Berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini .

Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.

Namun, penemuan sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi.

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.

Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.


Testimoni ini dari salah seorang pesakit demam denggi, sila layari blog beliau:http://wajahayu.blogspot.com/2009/10/sup-ketam-penawar-demam-denggi.html

Benar atau tidak, belum ada laporan saintifik berkaitan hal ini. Semasa Pemikir kena denggi dulu pun memang secara serius rakan rakan dan kenalan berbangsa cini suruh makan sup ketam.

Comments

Popular posts from this blog

khasiat ketam nipah...

antara khasiat ketam nipah yang saya dapat,,.... Ketam rendah kalori (hanya mengandungi sekitar 85 hingga 90 setiap 100g kalori (bergantung kepada jenis ketam) Ketam di percayai boleh merawat denggi (Ketam nipah adalah ubat demam denggi yg sgt mujarab dan 100% mampu pulihkan denggi dlm masa 24 jam dgn izin ALLAH S.W.T...insyALLAH....) Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya Ketam ada lemak tak tepu yang di anggap untuk jantung yang sihat Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan. Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga. Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan ...

Lokan vs Sarang burung..???

Baru-baru ni sempatlah juga melayan Majalah 3 di  TV3 . Kalau x silap tarikh siarannya pada 11/12/2010. Segmen yg menarik malam tu adalah segmen Nelayan Blogger ....  cerita Pak Zainal dari Kampung Paya Lebar , Melaka . Ceritanya sal  Lokan . Sapa yg x pernah tengok lokan.....bentuknya lebih kurang kepah dan kupang. Ianya lebih besar sedikit drp kepah. Warnanya perang kehitaman...... Isinya amat enak dibuat gulai lemak.. tak tau apa khasiat lokan ni.... Rasanya selepas tengok segmen ni tentu harga lokan melambung tinggi krn menurut Pak Zainal .... khasiatnya sama dengan sarang burung .... sejauhmana kebenarannya x pulaklah diketahui... kena rujuk org y lbh pkar...... #setiap ciptaan ALLAh msti ada Keistimewaannya.......

lokasi ketam nipah dan lokan di Semeling

ketam nipah dan lokan boleh diperolehi di gerai Jamil Ahmad.. berdekatan trafik light simpang empat Semeling ke UITM Merbok (KEDAH).