Skip to main content

ketam nipah..




Soalan


Assalamkm...Saya ada mendengar seorang ustaz ni dia menyatakan bahawa ketam nipah di Malaysia tidak boleh dimakan kerana ketam tersebut kuat dikedua2 alam...Dan ketam nipah di India dan Pakistan boleh di makan kerana kuat di laut sahaja....Mohon penjelasan...

Jawapan


Waalaikumussalam wrt. wbt
Terima kasih kerana menghubungi Jakim untuk kemusykilan agama.Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.
Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan...

Comments

Popular posts from this blog

khasiat ketam nipah...

antara khasiat ketam nipah yang saya dapat,,.... Ketam rendah kalori (hanya mengandungi sekitar 85 hingga 90 setiap 100g kalori (bergantung kepada jenis ketam) Ketam di percayai boleh merawat denggi (Ketam nipah adalah ubat demam denggi yg sgt mujarab dan 100% mampu pulihkan denggi dlm masa 24 jam dgn izin ALLAH S.W.T...insyALLAH....) Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya Ketam ada lemak tak tepu yang di anggap untuk jantung yang sihat Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan. Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga. Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan ...

Lokan vs Sarang burung..???

Baru-baru ni sempatlah juga melayan Majalah 3 di  TV3 . Kalau x silap tarikh siarannya pada 11/12/2010. Segmen yg menarik malam tu adalah segmen Nelayan Blogger ....  cerita Pak Zainal dari Kampung Paya Lebar , Melaka . Ceritanya sal  Lokan . Sapa yg x pernah tengok lokan.....bentuknya lebih kurang kepah dan kupang. Ianya lebih besar sedikit drp kepah. Warnanya perang kehitaman...... Isinya amat enak dibuat gulai lemak.. tak tau apa khasiat lokan ni.... Rasanya selepas tengok segmen ni tentu harga lokan melambung tinggi krn menurut Pak Zainal .... khasiatnya sama dengan sarang burung .... sejauhmana kebenarannya x pulaklah diketahui... kena rujuk org y lbh pkar...... #setiap ciptaan ALLAh msti ada Keistimewaannya.......

lokasi ketam nipah dan lokan di Semeling

ketam nipah dan lokan boleh diperolehi di gerai Jamil Ahmad.. berdekatan trafik light simpang empat Semeling ke UITM Merbok (KEDAH).